Apakah syarat-syaratnya?

Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.



Syarat-Syarat Umum 

  Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja)
  Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
  Bebas daripada tindakan tatatertib;
  Telah mengisytiharkan harta;
  Lulus tapisan keutuhan SPRM;
  Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
  Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.


Syarat-Syarat Khusus 

Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran.
Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
Bagi Gred DG48(KUP); telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;
Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;
Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;
Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.



No comments:

Post a Comment