Apakah itu “Guru Cemerlang”?

Tujuan utama kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai “Guru Cemerlang” adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.


Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.