ISU-ISU GURU





t ISU
Guru membuang buku-buku pelajar yang membuat kesalahan atau kesilapan dalam kerja sekolah yang dia beri. Setelah buku dilemparkan keluar, pelajar akan mengutip buku tersebut dengan perasaan yang hiba.


t KESAN
Hal ini sangat menyedihkan dan mengecewakan para pelajar sekiranya kesalahan yang mereka lakukan menyebabkan buku mereka di baling keluar kelas.


 t LANGKAH
Guru haruslah menunjukkan sifat penyabar, penyayang dan menghormati orang lain.


 


t  ISU

Mendenda pelajar dengan menyuruhnya untuk memungut sampah di sekeliling kawasan sekolah selama 1 jam kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya.



t KESAN

Hubungan pelajar dengan guru tersebut menjadi renggang dan tidak mesra. Hal ini, menyebabkan pelajar itu berasa bosan semasa proses p&p kerana guru tersebut tidak memberikan perhatian kepadanya apabila dia ingin bertanya soalan- soalan yang tidak difahami. 


t LANGKAH
Seorang guru yang baik ialah guru yang memberikan perhatian yang secukupnya terhadap pelajar yang lemah dalam bidang pengajarannya.




t ISU
Dirotan sebanyak 8 kali di tapak tangan kerana kesalahan menjawab satu soalan 


t KESAN
Dilemma kepada pelajar-pelajar kerana pelajar takut untuk menanyakan soalan kepada guru tersebut


t LANGKAH
Guru-guru seharusnya mengatur strategi yang lebih baik dan bernas bagi meningkatkan serta mengukuhkan keputusan peperiksaan pelajar yang sedia ada.






t ISU
Didenda untuk berdiri di luar kelas selama 1 jam 45 minit kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan.


t KESAN
Prestasi mata pelajaran pelajar yang diajar oleh guru tersebut merosot.


t LANGKAH
Memberikan dendaan yang berasas kepada para pelajar meskipun pelajar tersebut melakukan kesalahan.





t ISU

Dimarahi oleh guru kerana membotakkan rambut dan di biarkan berdiri di tengah dataran  di bawah cahaya matahari selam tiga jam


KESAN
Terkilan dan kecil hati kerana maruah seorang pelajar terjejas.


t LANGKAH
Guru tersebut seharusnya menasihati pelajarnya dengan cara yang lebih baik.





t ISU
Guru sering kali masuk lewat ke kelas walaupun beliau sedar  akan perbuatannya yang menggunakan masa yang terluang untuk bercerita dan berbual perkara yang tidak berkaitan dengan hal-hal kerja seperti hal-hal peribadi, gossip artis and sebagainya.


 t KESAN
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang kurang kerana kualiti dan produktiviti yang rendah.


t LANGKAH
Guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah satu pelanggaran etika profession perguruan dan seharusnya menggunakan masa yang diperuntukkan dengan perkara-perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar




No comments:

Post a Comment